Video Penuh – Rosmah Kena ‘boo’ Ketika Majlis Tepung Tawar Tunku Aminah Jadi Viral

Istiadat persandingan DiRaja Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah semalam dapat disaksikan dari layar gergasi di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Orang ramai memenuhi Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, malam ini bagi menyaksikan Istiadat Persandingan Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah.

Istiadat bermula 8.35 malam itu dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya diraja Johor, mempelai pengantin perempuan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

Tayangan tersebut menjadi kecoh pada minit ke-22 apabila giliran isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur menepung tawar di ‘boo’ oleh orang ramai yang menyaksikan tayangan tersebut.

Rata-rata netizens memuji perkahwinan Tunku Aminah ini yang dikatakan begitu simple dan menarik tidak seperti kebanyakkan perkahwinan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *